16.12.2011, Jumaat - Pagi semalam Sultan Johor Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar telah berkenan merasmikan Politeknik Ibrahim Sultan di Km 10, Jalan Kong Kong, Pasir Gudang. Sebelum menerima nama baru, politeknik ini dikenali sebagai Politeknik Johor Baharu. Selepas majlis perasmian Tuanku Sultan telah berkenan melawat pameran yang dihasilkan oleh para pelajar Politeknik ini. Turut serta mengiringi baginda adalah Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Terdahulu pada 5hb Oktober 2011 bebarapa orang delegasi Politeknik Johor Baharu (PJB) terdiri daripada Pengarahnya Encik Shabudin Man, Timbalan Pengarah Akademik Encik Sahul Hamed Hj Abdul Wahab, dua orang Pensyarah Encik Johaini Ibrahim dan Puan Nurulaini Idaya Muhammad bersama Ketua Unit UIDM Encik Zulkefli Amdan telah mengadap Sultan Johor bagi mempersembahkan cadangan logo baru sempena Majlis Pengisytiharaan Politeknik Ibrahim Sultan.
Sumber : Bernama / Politeknik Ibrahim Sultan
No comments:
Post a Comment