08.12.2011, Khamis - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin telah mencemar duli menghadiri Majlis Santapan Negara bagi meraikan Presiden Turkmenistan, Gurbanguly Berdimuhamedov yang dalam rangka lawatan tiga hari ke Malaysia. Majlis diadakan di Istana Malawati, Putrajaya. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.
Dalam titahnya Tuanku Mizan menyarankan agar Turkmenistan dan Malaysia terus menerokai peluang dalam sektor lain untuk memantapkan lagi kerjasama dua hala diantara kedua negara. Tambah baginda lagi hubungan diplomatik yang terjalin semenjak 1992 telah berkembang dengan mantap dan pembukaan kedutaan kita di Ashgabat pada akhir tahun ini memperlihatkan hubungan erat kedua-dua negara.
Nota :- Info dari Bernama
No comments:
Post a Comment