Wednesday, December 14, 2011

Istiadat Penghadapan Istana Maziah


14.12.2011, Rabu - Hari ini telah diadakan Istiadat Penghadapan di Balairong Seri Istana Maziah, Kuala Terengganu. Istiadat Penghadapan ini dalam erti kata yang mudah adalah istiadat penganugerahan pingat dan darjah kebesaran. Dalam Istiadat Penghadapan ini KDYMM Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan menganugerahkan Darjah Kerabat Diraja (D.K.R) kepada Putera Sulung Baginda Yang DiPertuan Muda Terengganu Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tengku Muhammad Ismail. Turut serta dalam istiadat ini adalah Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Zahirah, Menteri Besar Dato' Seri Ahmad Said, ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan kerabat diraja Terengganu. Istiadat bermula jam 08:30hrs dan berakhir lebih kurang jam 15:00hrs tadi setelah semuanya selesai termasuk majlis santapan tengahari.

DYTM Tengku Muhammad diputerakan pada 01.03.1998 merupakan seorang yang tinggi lampai serta nampak lebih kurang sama tinggi dengan Ayahandanya walaupun baru berusia 14 tahun. Sekarang DYTM Tengku Muhammad sedang mendapat pendidikan disebuah sekolah di London. Sebelum ini DYTM Tengku Muhammad mendapat pendidikan di Terengganu, Singapura dan kemudiannya di Australia sebelum ke London.

KDYMM Sultan Mizan Zainal Abidin kelihatan begitu segak bertahta di Singahsana Terengganu ketika menyampaikan titah baginda dalam Istiadat Penghadapan di Istana Maziah hari ini.

Dalam titahnya, baginda menyeru agar semua pihak terus menghormati kedudukan Islam sebagai agama rasmi di negara ini untuk mengekalkan keharmonian dikalangan rakyat jelata. Tambah baginda lagi, sikap segelintir pihak yang mempertikaikan masalah ini telah menimbulkan kegelisahan di kalangan umat Islam di Malaysia. Hanya dengan perpaduan dikalangan umat islam akan menjamin kedaulatan dan membina benteng kukuh agar agama Islam tidak dipersenda-sendakan.

Diantara Titah Baginda :-

Sejarah telah membuktikan bahawa pemerintahan berasaskan ajaran Islam tidak pernah menafikan keadilan kepada mana-mana golongan atau puak, walaupun berlainan agama dan keturunan. Sebagai contoh Terenggannu adalah negeri yang terawal menerima Islam di Semenanjung Tanah Melayu dengan bukti penemuan Batu Bersurat di Kuala Berang. Semenjak itu Islam telah menjadi agama anutan majoriti rakyat Terengganu, namun dalam masa yang sama penganut agama lain masih bebas mengamalkan pegangan hidup mereka selagi tidak menjejaskan keamanann dinegara ini.


Sumber : Pejabat Sultan Terengganu / Bernama

1 comment:

Unknown said...

hahah...memang meor sendiri terkejut , ble tngok DYTM Tengku Ismail , dh bsar pnjang...klau nk bezakan sma dia umor 8 / 9 thun dulu ,time ayahanda nya ( Tuanku Mizan ) angkt sumpah jd agong,baginda kecil je mase tu..

abg shah meor nk mntak tlong bleh ???
tlong mskkan biodata & gambar2 DYTM Tengku Amir (raja muda selangor ) meor nk tahu tntang dia,cara khidupan sbgnya...