Monday, December 12, 2011

Jemaah Pemangku Sultan Kedah Dilantik

12.12.2011, Isnin - Sempena perlantikan Sultan Negeri Kedah Darul Aman Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Sultan telah berkenaan melantik satu Jemaah Pemangku Sultan bagi memastikan pemerintahan negeri berjalan lancar selepas pemergian baginda ke Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur untuk tempoh lima tahun mulai esok 13.12.2011.

Sehubungan dengan itu satu Istiadat Mengangkat Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jemaah Pemangku Sultan Kedah diadakan hari ini di Balai Penghadapan, Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah di hadapan Sultan dan Sultanah Negeri Kedah Darul Aman. Gambar menunjukkan YTM Tunku Panglima Besar Kedah sedang mengangkat sumpah dalam istiadat ini. Anggota-anggota Jemaah Pemangku Sultan Kedah terdiri daripada :-
  • Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  • Tunku Temenggong Kedah Yang Teramat Mulia Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  • Tunku Laksamana Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah
  • Tunku Panglima Besar Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz Binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah
YTM Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah dilantik sebagai Yang DiPertua Jemaah Pemangku Sultan Kedah.

Dalam titahnya, Tuanku Sultan berpesan kepada Jemaah Pemangku Sultan Kedah supaya menjalankan amanah yang telah diberikan ini dengan jujur dan didikasi kerana raja dan rakyat tidak boleh dipisahkan dan jadikan keutamaan dan kepentingan negeri dan rakyat sebagai tanggungjawab yang dipikul dengan adil dan saksama.


Tunku Bendahara Kedah, YTM Dato' Seri UtamaTunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tunku Temenggong Kedah, YTM Tan Sri Tunku Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishsh
Tunku Laksamana Kedah, YTM Dato' Seri DiRaja Tunku Abdul Hamid Thani Ibni Almarhum Sultan Badlishah
Tunku Panglima Besar Kedah, YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz binti KDYMM Al-Sultan Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah

2 comments:

Husna said...

Salam...nk tny spjg 5 thn ketiadaan sultan kedah mnjadi YDPA...siapakah yg akan memangku tugas sbg pemangku sultan kedah..bukankah spttnya raja muda kedah iaitu tengku malik sultan badlishah sbg raja muda???..maaf kurang arif mengenai protokol istana

Zahari said...

Sepanjang 5 tahun ini, tugas memangku tanggungjawab Tuanku Sultan akan digalas oleh Jemaah Pemangku Sultan iaitu Tunku Bendahara, Tunku Temenggong, Tunku Laksamana dan Tunku Panglima Besar. Tuanku Malik tidak dapat menjalankan tugas memangku tugas Sultan kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan