Tuesday, December 20, 2011

Tuanku Abdul Halim dan Queen Elizabeth - Lawatan Rasmi Negara ke London 1974

20.12.2011,Selasa - Ini adalah potrait Baginda Queen Elizabeth II dan siapakan gerangannya lelaki kacak tampan bergaya disebelah baginda itu ? Individu berkenaan adalah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badli Shah. Pada ketika ini Tuanku melakukan lawatan rasmi negara ke London pada 1974 ketika menjadi Yang di-Pertuan Agong Kelima.

Keberangkatan Tiba Tuanku Abdul Halim dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Bahiyah (Almarhumah) disambut oleh Baginda Queen dan Duke of Edinburgh di Victoria Station. Turut serta adalah Marsyal Tentera Udara Diraja, Lord Eloworthy; Lord Lieutenant London Raya ; Perdana Menteri ketika itu Harold Wilson ; James Callaghan bekas Setiausaha Negara Hal Ehwal Luar dan Komanwel ; Roy Jenkins Setiausaha Negara Hal Ehwal Luar dan Komenwel dan Sir Huge Wontner, Lord Mayor London.

Kelihatan Tuanku Abdul Halim bersama Baginda Queen Elizabeth II menaiki kereta kuda sepanjang "The Mall" menuju ke Buckingham Palace dengan sambutan meriah penduduk London dikiri dan kanan jalan untuk menyaksikan baginda berdua dari dekat.

Sumber : Album DiRaja Kedah

No comments: