Tuesday, December 13, 2011

Tuanku Abdul Halim Lafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14

13.12.2011, Selasa - Jam 11:15hrs tadi diadakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-227 (khas) sempena Istiadat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-14 bertempat di Balairong Seri Istana Negara. Mesyuarat dipengerusikan oleh Raja Perlis. Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad kemudiannya menyembahkan surat sumpah jawatan kepada Tuanku Sultan Kedah dan baginda kemudiannya melafazkan sumpah jawatan dan menandatangani surat sumpah jawatan dihadapan Majlis Raja-Raja dimana Sultan Pahang dan Sultan Perak sebagai saksi. Istiadat ini juga melibatkan upacara melafaz sumpah dan menandatangani surat sumpah jawatan sebagai Timbalan yang di-Pertuan Agong oleh Al-Sultan Kelantan KDYMM Sultan Muhammad ke-V. Setelah semuanya selesai, doa dibacakan oleh Imam Besar Masjid Negara Tan Sri Syaikh Ismail Muhammad. Kemudiannya Perdana Menteri yang amat kita kasihi Datuk Sri Najib Tun Razak membacakan pengisytiharan tersebut.


Dalam istiadat ini Tuanku Sultan Kedah tampil segak bergaya dengan mengenakan pakaian diRaja Kedah yang dikenali sebagai "Sikap" terdiri daripada jaket pendek yang berbelah dihadapan dan berkolar tinggi lengkap dengan tengkolok, seluar, sampin dan bengkung serta berkeris. Istiadat ini dihadiri oleh Raja-Raja Melayu kecuali Terengganu diwakili oleh Tengku Sri Temenggong Raja Tengku Baharuddin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. Turut serta kesemua Yang Dipertua Negeri, menteri-menteri kabinet, ketua-ketua jabatan serta kerabat diraja. Istiadat ini diakhiri dengan bacaan doa oleh Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh. Selepas itu Tuanku telah berkenan menerima mengadap menteri kabinet dan ketua-ketua jabatan yang diketuai oleh Datuk Seri Najib Tun Razak di Bilik Seri Mahkota, Istana Negara.

RTM - TV satu mengadakan siaran langsung dan sayang sekali Syah tak dapat menontonnya sebab ada kursus di TMTC Jalan Gurney Kiri dan sekarang jam 13:45hrs dan jam 14:00hrs nanti masuk kelas balik. Terima kasih kepada rakan Syah Jariah Judin kerana sudi meminjamkan komputer dia untuk Syah update blog ini.


Sumber : Bernama

No comments: