Saturday, December 10, 2011

Persediaan Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan dan Menandatangani Surat Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Baginda Berjalan Lancar

10.11.2011, Sabtu - Malam tadi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli menghadiri Majlis Makan Malam Gala sempena tamat tempoh perkhidmatan baginda berdua sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-13 dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-13 pada Isnin depan bersamaan 12 Disember 2011. Majlis diadakan di Starhill ini dianjurkan oleh Bedata & Co Geneve yang merupakan syarikat pengeluar jam tangan jenama swiss yang mempunyai kepakaran dalam rekabentuk jam tangan mewah untuk wanita.

Bak kata Pepatah Melayu Patah tumbuh hilang berganti, selepas keberangkatan pulang Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah pada Isnin depan ke Kuala Terengganu, keesokan harinya pula Selasa 13.12.2011 akan diadakan Istiadat melafaz sumpah jawatan dan menandatangani surat memegang jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong serta Timbalan Yang di-Pertuan Agong yang baru di Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Istiadat kali ini mengukir sejarah dalam institusi diraja kita dimana Sultan Negeri Kedah Darul Aman KDYMM Almu'tasimu Billahu Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong untuk kali keduanya. Dirgahayu Tuanku Patik. Manakala Timbalan Yang di-Pertuan Agong adalah KDYMM Sultan Muhammad Ke-V yang merupakan cucunda kepada Yang di-Pertuan Agong ke-VI (6) Almarhum Tuanku Yahya Petra ibni Almarhum Sultan Ibrahim.

Berita Harian dalam laporannya hari ini mekalumkan persiapan istiadat berkenaan berjalan dengan lancar seperti yang dirancangkan. Menurut Penolong Datuk Paduka Maharaja Lela, En Azwan Zairakithnaini, persiapan istiadat berkenaan telah dirancang semenjak tiga bulan lalu. Menurut belia lebih daripada 700 tetamu kehormat akan menghadiri istiadat ini termasuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar serta kerabat-kerabat Diraja. Kad undangan istiadat telah diedarkan dua bulan lepas. Menurut beliau lagi raptai terakhir istiadat ini akan diadakan esok Ahad 11.12.2011.

Sumber :- Bernama/BH

No comments: