27.12.2011, Selasa - Salam dan Apa Khabar kepada anda semua. Bagaimana cuti extra satu hari anda dan Syah harap iannya dapat dimanfatkan dengan sebaik mungkin terutama dalam mengeratkan lagi talian silaturrahim sesama keluarga terutamanya dengan anak-anak. Pagi nie perjalanan ke office berjalan lancar dan sekarang jam 08:26hrs dan Syah baru sahaja sampai ke office. Dalam perjalan tadi teringat Syah pada :-
- Pesan seorang sahabat di Facebook dari Brunei, Bila Syah inform dia yang Syah bangun jam 05:00hrs setiap hari untuk bersiap ketempat kerja kerana nak kejar transport. Dia nasihatkan supaya Syah bekerja dengan Ikhlas dan Jangan Lupa Solat.
- Semalam pula Syah bersembang dengan jiran Syah, Chong dan katanya dia akan hantar anak perempuannya bersekolah di Asrama tahun depan kerana hendak anaknya lebih bertanggung jawap dan berdikari. Bukan bermakna dia hantar anaknya bersekolah di Asrama dia tak sayangkan anaknya.
Sekarang sudah kedengaran Doa Pagi dipembesar suara di office Syah menandakan waktu bertugas sudah hampir bermula. Oklah GTG sehingga berjumpa lagi dilain Entry .................
No comments:
Post a Comment