Sunday, December 25, 2011

Perkahwinan Tuanku Abdul Halim Dengan Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah

25.12.2011, Ahad - Sebelum Syah bersiap-siap untuk menghadiri Majlis Perkahwinan Adzriefaiz di Bangsar sempat rasanya nak buat cerita ringkas mengenai gambar disebelah nie? Dah blogger namanya macam nie lah kan? Ini adalah salah satu gambar perkahwinan diantara Seri Paduka Baginda yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah Ibni Almarhum Sultan Badli Syah dengan Isteri Pertama Baginda iaitu Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah Ibni Almarhum Tuanku Abdul Rahman.

Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah merupakan Puteri kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang Pertama iaitu Almarhum Tuanku Abdul Rahman Ibni Tuanku Muhammad. Bonda Almarhumah Hajjah Bahiyah adalah Tunku Ampuan Negeri Sembilan dan juga merupakan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Pertama, Almarhumah Tuanku Kurshiah binti Almarhum Tunku Besar Burhanuddin.

Tuanku Abdul Halim menghawini Almarhumah Hajjah Bahiyah pada 09 Mac 1956 di Seri Menanti, Negeri Sembilan dan ditabalkan sebagai Sultanah Kedah pada 20.02.1959 kemudiannya menduduki singahsana negara sebagai Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong ke-5 pada 21.09.1970 untuk tempoh lima tahun. Hasil daripada perkahwinan ini mereka dikurniakan dengan seorang puteri iaitu Tunku Panglima Besar Kedah YTM Dato' Seri Diraja Tunku Puteri Intan Shafinaz pada 22.07.1966 setelah 10 tahun mendirikan rumahtangga. Jodoh, Ajal, Maut dan Pertemuan ditentukan oleh ALLAH, Almarhumah mangkat pada 26.08.2003 di Istana Kuala Cegar kerana mengidap kanser.

Al-Fatihah kepada Almarhumah Tuanku Hajjah Bahiyah binti Almarhum Tuanku Abdul Rahman Semuga Rohnya Ditempatkan Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

Sumber : Album Diraja Kedah

No comments: