Saturday, December 10, 2011

Tuanku Ibrahim Keluarkan Titah Berhubung Isu Pemberian Darjah Kebesaran dan Pingat Negeri Johor

10.12.2011, Sabtu - Semalam Ketua Polis Johor, Dato' Mohd Mokhtar Mohd Shariff telah mengadakan satu sidang akhbar untuk menyampaikan titah Sultan Johor, Duli Yang Maha Mulia SultanImbang Penuh Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar berhubung isu penberian darjah kebesarn dan pingat negeri Johor. Tuanku menitahkan bahawa baginda tidak mengurniakan sebarang darjah kebesaran dan pingat negeri Johor menerusi proses imbuhan atau sumbangan kewangan. Baginda juga tidak pernah memberi kuasa melantik pihak tertentu menguruskan pemberian darjah kebesaran dan pingat negeri Johor dengan imbuhan.

Titah baginda ini dikeluarkan untuk mengelakan rakyat diperbodohkan dengan helah dan tipu muslihat pihak tertentu yang menggunakan nama baginda, kerabat diraja dan Istana Johor untuk mengaut keuntungan dengan cara yang mudah dan hina. Menurut Dato' Mohd Mohktar penipuan ini terbongkar apabila seorang ahli perniagaan ditipu oleh seorang individu yang mengaku dirinya sebagai Tunku Osman Tunku Temenggong Ahmad dari Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor yang menawarkan gelaran dato' dan sebidang tanah dengan mengenakan imbuhan secara berperingkat sehingga jumlahnya mencapai RM41,000.00. "Tunku Osman" berjumpa dengan mangsa pada Ogos lepas.

Tembelang individu berkenaan terdedah apabila ahli perniagaan berkenaan berjumpa dengan Tunku Osman sebenar pada November lepas. Setelah menyedari beliau ditpu, mangsa terus membuat laporan polis. Bertindak dari laporan tersebut, pihak polis telah menahan reman seorang lelaki untuk siasatan lanjut. Dalam kes yang berlainan pula menurut Dato' Mohd Mokhtar Polis Nusajaya telah menahan seorang lelaki dan wanita dan didakwa di mahkamah atas tuduhan menyamar sebagai pegawai kastam dan meminta derma sempena sambutan hari Keputeraan Sultan Johor pada September lepas.

Sumber :- Berita Harian

No comments: