Sunday, December 11, 2011

Majlis Santapan Negara Sempena Tamat Pemerintahan Tuanku Mizan Sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13

11.12.2011, Isnin - Malam tadi telah diadakan majlis santapan menjunjung kasih sempena tamat tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah. Majlis diadakan dengan penuh adat istiadat dan warna warni ini dihadiri oleh 600 tetamu di Dewan Santapan Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba baginda berdua disambut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim yang juga merupakan Pengerusi Jawatan Kuasa Induk Acara Tamat Tempoh Pemerintahan Seri
Paduka Baginda Yang di-Pertuan Aging ke-13.

Dalam titahnya Tuanku Mizan memberi pujian kepada kerajaan dibawah pentadbiran Datuk Seri Najib Tun Razak yang memberikan kerjasama cemerlang sepanjang tempoh pemerintahan baginda. Titah baginda lagi Yang di-Pertuan Agong mempunyi peranan sangat luas dalam menyumbang bakti kepada pertiwi melalui usaha dan pendapat, baik secara langsung mahupun tidak langsung untuk menjana, memupuk perpaduan pada kalangan rakyat, menyokong tindakan kerajaan ke arah memakmurkan negara dan memperkukuhkan syiar Islam di Malaysia.
Tambah baginda lagi, pengalaman menerima khidmat dua Perdana Menteri iaitu Tun Abdullah dan Datuk Seri Najib menyedarkan baginda betapa bertuahnya Malaysia dan rakyat Malaysia kerana proses peralihan kuasa diantara keduanya berjalan lancar. Baginda juga berasa gembira setiap tahun kerana dipersembahkan dengan laporan-laporan ekonomi dan pembangunan negara yang sentiasa meningkat dan mendengar taklimat dan membincangkan hal ehwal pentadbiran negara daripada kedua-dua individu berkenaan.

Pesana Tuanku kepada para pemimpin negara dan rakyat Malaysia supaya meneruskan usaha memupuk, memelihara dan mengeratkan perpadua sediada dan baginda memandang berat terhadap segelintir pihak-pihak tertentu yang membangkitkan isu-isu sensitif dan berbaur perkauman serta mempolitikkan perkara-perkara yang tidak sepatutnya. Baginda juga menyeru agar semua pihak menjunjung kedaulatan undang-undang dan keluhuran perlembagaan, Raja-Raja Melayu, kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan dan kedudukan istemewa orang Melayu serta kaum lain sepertimana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Baginda juga sempat berkongsi rasa bangga baginda sebagai ketua negara Islam pertama menjejakkan kaki ke Benua Antartika pada November lepas dalam rangka lawatan kerja empat hari kesana dan berpeluang menerokainya bersama-sama saintis yang berpengalaman.

Turut serta memeriahkan majlis adalah dua mantan Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr. Mahathir Muhammad dan Tun Abdullah Ahmad Badwi bersama isteri masing-masing Tun Dr Hasmah Mohd Ali dan Tun Jeanne Abdullah. Dalam majlis ini pihak kerajaan telah berbesar hati memberi cenderahati kepada Tuanku Mizan yang disampaikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak manakala cenderahati Tuanku Nur Zahirah disampaikan oleh Datin Seri Rosmah Mansor.


Sumber : Bernama

No comments: