Thursday, December 22, 2011

AC Mizal dan Ezlan Yusuf Kini Bergelar Dato'

22.12.2011, Khamis - Akhirnya masa yang ditungu-tungu telah tiba dimana sempena Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang, AC Mizal dan Ezlan Yusuf telah dianugerahkan pingat peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato'. Kini AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini dan Ezlan Yusof atau nama sebenarnya Idris Md Yusof bergelar Dato'. Tahniah kepada kedua-dua artis ini atas anugerah yang diterima hari ini di Balairong Seri Istana Abu Bakar pada Majlis Istiadat Pengurniaan Darjah-Darjah Kebesaran Pahang sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan yang ke-81 Sultan Pahang. Anugerah ini disampaikan oleh Duli Yang Teramat Mulia Tengku Mahkota Pahang.

Sumber : Bernama

No comments: