16.12.2011, Jumaat - Hari nie Komuter buat hal lagi. Train jam 07:00hrs dari Rawang ke Bangi dibatalkan dan menjadi rungutan semua orang sebab perkara seperti ini selalu berlaku. Apabila train dibatalkan untuk next train akan jadi macam ikan sardin. Beginilah keadaan didalam komuter dengan orang nak masuk dan keluar. Adalah kedengaran maki hamun dan mencarut kerana train penuh dan orang hendak masuk juga ataupun orang yang hendak keluar tak dapat kerana orang didepan tak bergerak.
Macam nielah yang kami sebagai pengguna KTM hadapi tiap-tiap hari samada masa hendak pergi kerja atau balik kerja. Tambang makin lama makin naik tetapi perkhidmatan makin merosot. Itu yang diperkatakan oleh penumpang masa di KTM Rawang tadi tetapi kami tak ada pilihan. Hendak tak hendak kena terima sahajalah. Harap-harap pihak berkenaan perihatin dengan masalah rakyat seperti ini terutamanya dalam era mencapai wawasan negara maju 2020.
No comments:
Post a Comment