11.12.2011, Ahad - Beberapa jam lagi Tuanku Nur Zahirah akan kembali bersemayam di Kuala Terengganu setelah tamat tempoh sebagai Raja Permaisuri Agong ke-13. Walau bagaimanapun jadual baginda tetap penuh dihari-hari terakhir baginda sebagai Raja Permaisuri Agong dan hari ini Tuanku Nur Zahirah telah berkenan mencemar duli menghadiri Pertandingan Akhir Reka Fesyen Piala Seri Endon 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC). Turut serta dalam majlis ini adalah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badwi yang merupakan Penaung Batik Malaysia.
Piala Seri Endon diambil sempena nama isteri Tun Abdullah iaitu Allahyarhamah Datin Seri Endon Mahmood. Ianya dicipta untuk mencari dan menyediakan platform bagi sokongan, pengiktirafan dan galakan bagi pembuat batik di Malaysia. Piala Seri Endon diadakan setiap tahun dan terbuka kepada rakyat Malaysia sahaja yang berumur 18 tahun keatas.
Sumber : Bernama / World Batik Council.
No comments:
Post a Comment