16.12.2011, Jumaat - Hari ini Sultan Terengganu, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Sultan Mizan Zainal Abidin telah berkenaan merasmikan Masjid Sultan Ismail di Chendering. Baginda juga bersolat Jumaat di masjid ini. Teringat Syah sewaktu ke Terengganu masjid ini masih dalam pembinaan dan nampak cantik. Tak jauh dari masjid nie dilereng bukit terletak istana baru Tuanku Mizan tapi masih belum siap lagi, walau bagaimanapun pejabat Sultan di Istana Badariah telah dipindahkan ke Istana baru ini dan telah mula beroperasi sepenuhnya.
Masjid ini dahulunya dikenali sebagai Masjid Raja oleh penduduk tempatan. Masjid ini mula dibina dengan bangunan baru bermula 2008 dengan peruntukan sebanyak 7.5 juta dan mampu menampung 2000 jemah dalam sesuatu masa. Turut serta dalam majlis perasmian ini adalah dua orang putera baginda, Yang Dipertuan Muda Terengganu DYTM Tengku Muhammad Ismail dan YTM Tengku Muhammad Mua'az serta Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad Said.
Dalam titahnya, baginda menzahirkan rasa dukacita baginda kerana ada beberapa masjid di Terengganu masih mengadakan dua Solat Jumaat dalam satu qariah. Tambah baginda lagi perkara ini berlaku disebabkan tiada kesefahaman dalam menyelesaikan masalah diantara umat islam ditempat berkenaan. Baginda juga menyeru agar umat islam mengimarahkan masjid.
Titah baginda :-
- Semua ini menyebabkan agama Islam tercemar, maruah bangsa Melayu Islam ternoda, umat Islam dihina dan dipermainkan. Keadaan ini amat menyedihkan Beta selaku ketua agama dan pemimpin umat islam di negeri ini.
Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) En Rozali Salleh dalam kenyataanya kepada Bernama hari ini memaklumkan terdapat 11 buah Masjid di Marang, Setiu dan Besut dikesan masih melakukan dua solat Jumaat dalam satu kariah. Walau bagaimanapun jumlah ini lebih baik dari sebelumnya iaitu sebanyak 23 buah. Pihaknya telah melakukan pelbagai usaha tetapi masalah ini masih belum diselesaikan. JHEAT tambah beliau lagi memandang serius perkara ini kerana ianya menimbulkan perpecahan dikalangan penduduk setempat serta meninggalkan imej negatif terhadap Islam.
Sumber : Bernama
No comments:
Post a Comment