Sunday, December 4, 2011

Pengiran Muda 'Abdul Malik Berangkat ke Walkathon Sempena Hari Memperingati Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalanraya Sedunia

04.12.2011, Ahad - Hari ini Putera Sultan Brunie, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik telah sudi berangkat ke Walkathon sempena Hari Memperingiti Mangsa-Mangsa Lalu Lintas Jalanraya Sedunia. Ketibaan YTM disambut oleh Menteri Perhubungan, Pehin Orang Kaya Hamzah Pahlawan Dato Seri Setia Awang Haji Abdullah. Dalam majlis ini YTM turut serta menyertai Senamrobik sebelum melancarkan Walkathon berkenaan. Kemudiannya YTM menyertai Walkathon berkenaan yang berlangsung di Taman Haji Sir Muda 'Omar Ali Saifuddien. Selepas selesai walkathon, YTM telah berkenan melawat Pameran Peralatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei.







Nota : Info dari Brunie Information Department

No comments: