23.11.2011, Selasa - Hari pertama Tuanku Abdul Halim menjadi Yang di-Pertuan Agong padat dengan aktiviti yang telah dijadualkan dan Tuanku tetap bertenaga dalam usia 84 tahun. Malam ini telah diadakan Majlis Santapan sempena Memuliakan Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke 227 (Khas) dan Istidat Melafaz Sumpah Memegang Jawatan dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong. Majlis diadakan di Dewan Santapan, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Turut serta dalam majlis ini adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin serta isteri masing-masing. Seramai 600 orang tetamu hadir dalam majlis ini dan para hadirin telah dihiburkan oleh Okestra Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
1 comment:
Merafak sembah keberangkatan Duli Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.
~ Daulat Tuanku~
Post a Comment