Monday, December 5, 2011

Raja Muda Perlis Rasmikan Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi dan Karnival Jawi

05.12.2011, Isnin - Hari ini Raja Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah berkenan mencemar duli merasmikan Persidangan Kebangsaan Tulisan Jawi dan Karnival Jawi di Perpustakaan Negara, Kuala Lumpur. Selepas perasmian, Tuanku Syed Faizuddin dibawa melawat pameran Akademi Jawi dan Khat. Turut serta mengiringi Tuanku Syed Faizuddin adalah Raja Puan Muda Perlis Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah dan Pengarah Perpustakaan Negara Datuk Raslin Abu Bakar.

Nota ; Info dari Bernama

No comments: