Thursday, December 15, 2011

Duke and Duchess of Cambridge Akan Datang Ke Malaysia Tahun Hadapan

15.12.2011, Khamis - Bernama hari melaporkan bahawa Duke and Duchess of Cambridge telah djadualkan untuk melakukan lawatan rasmi negara ke Malaysia pada 2012. Menurut Bernama lagi, Pesuruhjaya Tinggi Britain di Kuala Lumpur dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini memaklumkan lawatan Prince William dan Duchess Kate ini merupakan siri lawatan keluarga diraja Britain keluar negara sempena sambutan Jubli Intan 60tahun pemerintahan Baginda Queen Elizabeth tahun hadapan. Butiran lanjut mengenai tarikh dan jadual lawatan akan dimaklumkan dalam waktu terdekat oleh pihak Pesuruhjaya Tinggi Britain kepada Bernama.

Bertuah rasanya kita di Malaysia boleh menatap wajah Putera dan menantu Mendiang Princess Diana dari dekat. Dengar katanya Dutchess of Cambridge sedang hamil, macam mana nanti hendak ke Malaysia kerana adalah tidak dinasihatkan agar wanita mengandung tujuh bulan keatas menaiki pesawat kerana mereka boleh melahirkan anak dalam tempoh ini. Apa-apapun tunggu dan lihat lah sahaja bila sampai waktu dan ketikanya. Nanti Syah nak ambil cuti bila mereka datang ke Malaysia untuk melihat kedua-dua pasangan ini dari dekat. Insyallah

No comments: