10.12.2011, Sabtu - Malam ini akan diadakkan Majlis Santapan Negara sempena tamat tempoh pemerintahan Tuanku Mizan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-13. Majlis diadakan di Bilik Santapan, Istana Negara, Jalan Duta, Kuala Lumpur. Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim yang merupakan "orang kuat" bagi majlis ini kelihatan sedang sibuk memeriksa persiapan terakhir majlis sebentar tadi dan menyaksikan raptai Jamuan Negara ini. Majlis ini adalah penting sebagai penghormatan terbesar dan termulia untuk Tuanku Mizan, sehubungan dengan itu adalah menjadi tanggungjawab beliau memastikan semua perkara dilaksanakan mengikut perancangan yang ditentukan. Beliau menghabiskan masa selama dua jam meninjau persiapan majlis ini. Dianggarkan 300 peserta dari Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara akan mengadakan persembahan menghiburkan Tuanku berdua dan tetamu yang akan dihidangkan dengan menu ala barat. Seramai 600 tetamu akan menghadiri jamuan ini.
Sumber :- Bernama
No comments:
Post a Comment