Tuesday, December 6, 2011

Sultan Selangor Melawat Percetakan Seri Utusan

06.12.2011, Selasa - Semalam warga Percetakan Seri Utusan berpejabat di Bandar Baru Bangi berasa amat bertuah kerana menerima tetamu diraja iaitu Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj. Turut mengiringi baginda adalah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin. Baginda telah diberi taklimat mengenai operasi percetakan dan pengeluaran akhbar kumpulan Utusan oleh Pengurus Pengeluaran dan Penyelenggaraan Jabatan Pengeluaran Kumpulan Utusan, En Farouq Afandi Mamat.

Warga kerja kumpulan Utusan pula tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk mengabadikan kenangan dengan bergambar bersama-sama Tuanku Sultan Selangor. Dalam lawatan ini juga, baginda berkesempatan melihat akhbar Utusan Malaysia edisi khas mengenai isu-isu menarik mengenai baginda. Gambar menunjukkan baginda menandatangani buku pelawat sebagai kenang-kenangan baginda pernah datang kesini.

Nota : Info dari Utusan Malaysia

No comments: