24.11.2011, Khamis - Shukur Alhamdulillah Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin serta rombongan telah selamat tiba di Malaysia pagi ini daripada lawatan khas ke pusat saintifik di benua Antartika. Pesawat yang membawa baginda mendarat di Pangkalan Tentera Udara Diraja di Subang jam 6.05 pagi.
Keberangkatan pulang baginda disambut oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri, Datuk Othman Mahmood dan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Datuk Syed Danial Syed Ahmad serta pegawai-pegawai Istana Negara.Lawatan khas itu adalah bersempena kesertaan Malaysia ke atas Triti Antartik 1959 pada 31 Oktober lalu dan lawatan baginda terutamanya ke Pangkalan Scott yang merupakan sebuah fasiliti penyelidikan kendalian New Zeland di Antartika dilihat dapat memperkukuhkan kerjasama penyelidikan saintifik Antartika antara Malaysia dan New Zealand di samping mengeratkan hubungan dua hala antara kedua-dua buah negara.
Kelihatan Tuanku Mizan melintasi kawalan kehormat setempat Rejimen Askar Melayu Diraja sejurus turun daripada pesawat.
Nota : Info dari Bernama/Berita Harian Online
No comments:
Post a Comment