Saturday, November 12, 2011

Nasi Lemak On The Way

12.11.2011, Sabtu - pagi nie nampak gayanya Kak Lang buat Nasi Lemak dan sedang sibuk kat dapur tu prepare sambal ikan bilis dan sardin untuk dimamam bersama nasi lemak. Nasi lemak plak on the way dalam rice cooker sedang mengelegak. Sebentar lagi Kak Lang hendak ke Ampang Puteri kerana ada appointment untuk sesi fisioterapi dia dan Syahpun hendak bersiap-siap untuk balik ke Rawang Residence sebentar lagi. Firdaus tolong bondanya di dapur manakala Ku Cik masih tidur coz main internet sampai subuh pagi tadi.

Jam dua belas malam tadi dia nampak Syah mentenet dan katanya "Uncle" nak guna boleh tak? Syah kata Syah nak buat kerja dan suruh dia tunggu. Sya suruh dia tidur dulu dan akan kejutkan bila Syah dah siap kerja Syah dan dia inform kalau uncle nak kejutkan dia kena kuat-kuat dan gerak-gerakkan perut dia takut tak jaga.

Dia nie sebenarnya fanatik sangat main game dan Kak Lang selalu marah dan tak bagi dia guna laptop. Actually dia tidur-tidur ayam jer dan kesian plak Syah tengok dan Syah bagi dia main game dan Syah tidur. Pagi tadi Kak Lang inform masa dia turun bawah nampan Ku Chik guna lap top dan tundukkan kepala macam orang nak tidur bila Kak Lang tengok... Hehehehhe......... Kak Lang kata mesti lewat bangun sebab tidur lewat malam tadi.

Azam pula lepas solat subuh sambung tidur dia sebab baru balik pagi tadi lebih kurang jam 02:45hrs. Syah tengok dia tak parking kat dalam pun dan letakkan kereta dia depan pagar sahaja. agaknya mengantuk sangat tu kot? Hehehhe........... ok lah hingga berjumpa lagi dilain Entry. Daaaaa .............

No comments: