Thursday, November 3, 2011

Raja Isteri Menerima Mengadap Isteri Shafie Apdal

03.11.2011, Khamis - Semalam Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha binti Al-Marhum Pengiran Pemancha Pengiran Anak Haji Mohamed Alam telah berkenaan menerima mengadap isteri Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datin Seri Shuryani binti Shuaib di Istana Nurul Iman.

Datin Seri berada di Brunei kerana mengikut suaminya Datuk Seri Mohd Shafie bin Haji Apdal yang menghadiri mesyuarat ke-7 Menteri-Menteri ASIAN Mengenai Pembangunan Luar Bandar dan Pembasmian Kemiskinan yang berlangsung semalam di Istana Nurul Iman.

Terdahulu Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam telah berkenan menerima mengadap kesemua menteri-menteri ASEAN yang terlibat dalam mesyarat berkenaan yang juga diadakan di Istana Nurul Iman, Bandar Seri Bagawan, Brunei Darussalam.

No comments: