24.11.2011, Khamis - Semalam Sultan Selangor Duli Yang Maha Mulia Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj telah berkenaan merasmikan bangunan baru Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Selangor dan Ibu Pejabat Daerah (IPD) Shah Alam. Turut serta dalam majlis ini adalah Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Dalam titahnya, baginda melahirkan rasa dukacita baginda terhadap segelintir masyarakat di negeri Selangor yang suka mengkritik dan mencaci polis yang menjalankan tugas dan tanggungjawap mereka. Baginda menyeru agar rakyat Selangor menyokong tugas-tugas Polis , mematuhi undang-undang dan bekerjasama dengan pihak polis. Titah baginda lagi, pihak Polis seharusnya menjaga barang bukti kes supaya tidak hilang atau rosak supaya orang yang bersalah tidak terlepas dari menerima hukuman.
Baginda juga meminta agar pihak Polis menjalankan amanah yang diberikan dengan tulus ikhlas dan bersikap adil dan saksama dalam menangani sesuatu kes tanpa mengira bangsa dan kedudukan mereka dalam masyarakat. Titah baginda lagi, anggota polis hendaklah menjalankan tugas mengikut undang-undang yang ditetapkan dan tidak menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan diri mereka sendiri.
Nota : Info dari Berita Harian
No comments:
Post a Comment