Wednesday, November 2, 2011

Adik Ipar Hantar Syah Balik Rawang



01.11.2011, Rabu - Pagi tadi My Sister call dan inform yang Hubby dia Am akan fetch Syah untuk balik ke Rawang. Am datang dengan member dia Mie kerana Am tak mahir sangat jalan ke Ampang Puteri. Adalah dua jam lebih dia menunggu sebab Ampang Puteri nak clearkan Bill. Bila selesai mereka minta Syah ke Aras 1 untuk lunaskan apa-apa bayaran yang perlu kemudian naik semula ke Wad untuk ambil Ubat, Dokumen-dokumen Pemeriksaan dan barang-barang Syah baru bleh balik. Sebelum tu Am ambilkan Beg pakaian Syah untuk letak ke dalam kereta dia. Bila urusan selesai lebih kurang hampir jam 12:00hrs dan kami terus bertolak ke Rawang.

Sampai Rawang hujan lebat tetapi kat Bandarnya belum lebat lagi dan sudah masuk waktu lunch. So Syah belanja Am dan Mie lunch. Syah belanja mereka di D'Arab Cafe, apa lagi Nasi Arablah. Heheheh .............. Hari nie ada buffet plak kat sini tetapi hanya sekali ambil sahaja dan satu lauk kalau nak dua lauk boleh kata taukenya tetapi kena bayar lebihlah sedikit katanya sambil ketawa. Buffet ker cam tu, apa-apa jer lah janji makan......... Semua ambil Roasted Chichen Kabash, Ice Lemon Tea dua, Teh Arab, dan 2 botol Barbican (Syah bawa balik) dan semuanya RM58.00.

Sebenarnya Syah hendak order set dua orang makan iaitu Mandey Chicken dan Mandey Lahhm dan, lama tungu tak datang-datang juga dan tiba-tiba staff mereka inform Nasi Arab - Mandey tu nasinya tak menjadi kerana katanya nasi tu kalau salah buat sketramuannya ia tak akan menjadi, patutlah sedap. So dia minta maaf dan cadangkan tukar ke Nasi Kabash. Kami tak mahu set dua orang makan tu dan ambil nasi Kabash Buffet tu sahaja - Semua ambil Roasted Chicken.

Lepas makan kami bertolak ke Rawang Residence dan Am berehat sebentar sembang-sembang pasal kereta. Lepas hilangkan penat dia minta diri untuk balik semula ke Selayang. Terima Kasih Am kerana hantar Syah balik sampai Rawang dan My beloved Sister Intan yang arrange kan transport serta Mei kawan Am yang sudi temakan Am ke Ampang Puteri dan Rawang kerana Am tak biasa jalan ke Ampang. Kalau tak susah gak sebab nak bawa banyak barang naik bas dengan beg sandang besar, beg kertas , porch duit, makanan dalam plastik yang Kak Long bagi semalam dan MRI Flim. Apa-apapun Terima kasih Ya Allah Kerana Permudahkan Urusan Syah hari ini. AMIN.

Petang tadi Syah call Ayahanda, Kak Lang Ella, Kak Ngah serta Ejon dan Kak Long inform yang Syah sudah sampai kerumah. Mereka semuanya mita Syah berehat dan Syah MC hingga 10.11.2011. Oklah semua hinga berjumpa lagi dilain Entry............ Byeee........

No comments: