Friday, November 4, 2011

Aktiviti Pagi Jumaat

04.11.2011, Jumaat - Salam Jumaat kepada semua pembaca blog Syah dan Syah still dalam MC dan berada di Rawang Residence. Lutut Syah ada masanya sakit sedit tetapi going to be ok dan sendi-sendi dijari Syah masih lagi sakit bila Syah cengkamkan jari Syah, rasa sakitpun ada.... bisapun ada. Pagi tadi member sepejabat Syah, Kak Rose call mengenai pembayaran SL1M dan Syah minta dia tandatangan dan En Saiful minta dia semak dan katanya banyak dan tak boleh siap hari nie.

Syah minta dia sign jer dan beri En Saiful approvekan Direct Ap tu dan hari Sabtu / Ahad Syah datang office untuk buat semakan semula sebelum dihantar ke bahagian Akaun. Syah inform Kak Rose, Azimah dah tolong Syah amend Direct AP lagipun data-data tu Azimah semak dengan Ita (Process Owner Program SL1M) dan sepatutnya tak ada kesilapan. Walau bagaimanapun Sabtu atau Ahad nanti Syah datang buat semakan semula ialah dah kerja kita kenalah ada responsibility pastikan semuanya betul sebab kita dah minta orang uruskan. By the way thanks to Azimah, Ita dan Kak Rose atas bantuan anda semua.

Pagi tadi makan ubat dan lepas tu minum "Herba" dan tolak ampaian kasi baju kena panas sebab semalam basuh tapi bila jemur jer hujan on and off sampai malam. Syah tak bawa masukpun baju-baju tu cuma letak kat sebelah AEL jer, Fobia nak bawa masuk nanti apa plak lagi yang pecah. Untuk breakfast Syah minum Susu Omega dan KOKO Krunch Duo yang Kak Long Zainab bagi masa kat Ampang Puteri hari tue dan Syah campur sedikit anggor. Tu jer lah aktiviti Syah pagi nie. Oklah Syah nak berehat sebentar, hingga berjumpa lagi dilain Entry............

No comments: