Saturday, November 5, 2011

Datuk Seri Najib Tun Razak Di Masjidil Haram

05.11.2011, Sabtu - Gambar ini diambil oleh Bernama pagi tadi dimana kelihatan YAB Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor berada didalam Masjidil Haram sementara menunggu waktu Solat Subuh. Shukur Alahdulillah Anak Bugis ini kelihatan sihat dan Kami semua mendoakan agar Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rousmah dapat beramal dengan sempurna dan memperolehi Haji Yang Mabrur dan selamat pulang ke Malaysia. AMIN

Bernama melaporkan seramai 28,000 jemaah haji Malaysia telah berada di Arafah untuk berwukuf hari ini. Operasi membawa mereka dari Mekah ke Arafah berakhir pagi ini kira-kira jam 05:00hrs waktu tempatan iaitu jam 10:00hrs waktu Malaysia. Untuk ibadah wukuf para jemaah perlu berada di Arafah paling lewat jam 12.o5hrs (17:05hrs Malaysia) dan kemudiannya akan berangkat ke Muzdalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi melontar Jamrat di Mina pada 11, 12, dan 13 Zulhijjah. Semuga semua Jemaah terutamanya dari Malaysia dipermudahkan segala urusan mereka. Pada tahun ini dianggarkan tiga juta umat Islam menunaikan Ibadat Haji.

No comments: