Thursday, November 3, 2011

MIMPI Syah Pagi Tadi

03.11.2011, Khamis - Malam tadi masa tidur macam-macam mimpi pula bila menjelang subuh tetapi tak berapa nak ingat cuma satu nier yang Syah ingat-ingat lupa. Rasanya Syah kat kampung dan semua ramai tiba-tiba macam semua beredar dan Syah pun beredar macam bergayut pada sesuatu dan bila Syah toleh kebelakang nampa ada ular tedung tetapi kami semua selamat. Jelas ular tu berlingkar dan kepalanya naik ke ats ... yang itu Syah ingat yang lain-lain tu samar-samar tak ingat. Teringat Syah, Kak Long/Kak Nisah pernah inform kalau mimpi ular atau binatang berbisa tu tanda tak elok takut ada orang nak buat benda jahat kat kita/benda yang tak elok mengikut kita kerana bintang bisa tu seolah-olah melambangkan jembalang tanah.

Macam gambar tu lah bentuk ular tu tetapi warna hitam, meremang pulak bulu roma bila buat entry nie. Syah google dan jumpa lakaran nie. tadi call Kak Long minta pendapat dia dan dia minta kalau Syah ada masa pergi buat rawatan alternatif Islam takut ada gangguan ialah katanya kan kawasan Rawang Residence syah nie banyak kuil dan kawasan nie dulu hutan. Kak Long inform ada kalanya penyakit kita nie disebabkan gangguan jin dan ianya pelu discan dahulu penyakit jika bukan gangguan barulah boleh buat operation ker? contohnyalah kata Kak Long.

Tak tahulah tapi bak kata orang mimpi tu mainan tidur dan kita tak bolehlah nak mempercayainya TETAPI kena berhati-hati lah. Apa-apapun yang baik itu dari Allah dan yang buruk itu datangnya dari perbuatan kita sendiri. Minta-minta tak ada apa-apa yang tak eloklah dan sama-samalah kita mendoakan keselamatan kita semua supaya dihindarkan daripada sebarang musibah. AMIN

2 comments:

Unknown said...

Asslammualaikum abg..Syah..
meor ni bkn lah pndai sangat bab agama,

tp apa yg abg syah mimpi lbih kurang sme dgn mimpi meor ktika form 3 dulu ( 2005 ),seeokor ular sawa tlah msk ke ruag tmu umah meor dan ingin membelit bdan meor..tp dgn Izin Allah meor smpat mncmpakkan ular tu pd hiasan dinding ayat kursi..dn ular tu keluarkan darah hitam..

stgh pndapat org,tu ada org nk shirkan meor ,tp x bjaya krn ular tu trkene ayat suci,,

INFO : sblum tdo ,elok kite berwudhuk & mmbca ayat kursi ,kerna Allah akn mnghntar 2 malaikat utk mnjaga kita ktika tdur shingga subuh ( petikan sbuah hadis NABI )

tengkusyah said...

Thanx for the respond Meor. Really appreciate it.