Thursday, November 3, 2011

Anugerah Pelajaran Diraja USM

03.11.2011, Khamis - Semalam merupakan hari bertuah kepada empat orang graduan Universiti Sains Malaysia (USM) kerana telah dijemput ke Istana Arau untuk menerima Anugerah Pelajaran Diraja USM. Anugerah ini disampaikan sendiri oleh Raja Perlis Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang juga merupakan Canselor USM.

Mereka terdiri daripada Ramanathan Tiagarajan 22 tahun (kiri sekali), Nur Izzati Amir Hamzah 24 tahun, Karen Voon Kai Rou 24 tahun dan Mohammad Rahim Kamaluddin 24 tahun. Turut berangkat meraikan penerima anugerah adalah Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajjah Lailatul Shahreen Akashah Khalil serta Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman dan Pengerusi Lembaga Gebenor USM Prod Emeritus Datuk Dr. M Zawawi Ismail.

Tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah kerana anda adalah diantara bakal pemimpin bagi genarasi akan datang. Teruskan dan kekalkan prestasi cemerlang kalian bagi menghadapi cabaran yang lebih luas lagi diluar sana.

Nota :- Info dari Bernama

No comments: