Thursday, November 3, 2011

Princess Aiko Mengidap Paru-Paru Berair

03.11.2011,Khamis - Agensi Berita AFP melaporkan bahawa Istana Diraja Jepun dalam kenyataanya pada 02.11.2011 memaklumkan bahawa Puteri Aiko iaitu satu-satunya anak kepada Putera Mahkota Naruhito dan Puteri Mahkota Masako disahkan mengidap Pneumonia atau paru-paru berair. Jurucakap Agency Istana Diraja memaklumkan Princess Aiko telah diimasukkan ke hospital pada hari Selasa kerana demam panas (36 darjah celcius) dan batuk yang dialaminya semenjak hujung minggu lepas lagi. Setelah doktor membuat pemeriksaan rapi didapati Puteri Aiko mengidap "Mild-Pneumonia". Beliau perlu berada dihospital untuk mendapatkan rawatan lanjut dan tidak diketahui bila akan kembali semula ke Istana. Jiji Press dalam keluarnnya memaklumkan Puteri Masako telah menemakna Princess Aiko di hospital pada malam beliau dimasukkan ke wad.

Princess Aiko berusia 9 tahun merupakan anakanda tunggal Putera dan Puteri Mahkota Jepun dan dilahirkan selepas 7 tahun perkahwinan kedua ibubapanya. Kelahiran Puteri Aiko sebenarnya memang dinanti-nantikan oleh rakyaat Jepun yang mengharapkan kelahiran pewaris tahta daripada Putera dan Puteri Mahkota kerana Maharaja Akhito hanya mempunyai cucu-cucu perempuan sahaja. Kelahiran seorang Putera seperti yang diharapkan oleh rakyat Jepun tidak kesampaian dan telah menyebabkan Puteri Masako mengidap tekanan dan tidak dilihat berada dikhalayak ramai dalam jangkamasa yang panjang.

Walau bagaimanapun dengan kelahiran Prince Hisahito sebagai Pewaris Tahta Jepun mengisi kelompongan yang dinanti-nantikan sebelum ini. Untuk mengetahui serba sedikit mengenai Prince Hisahito sila klick Entry Syah dibawah ini berhubung Putera Hisahito :-


No comments: