Wednesday, November 2, 2011

Perkhidmatan Ampang Puteri Specialist Hospital dan Syah Boleh Keluar Hari Nie

02.11.2011, Rabu - Hari nie Syah dah boleh Keluar Ampang Puteri dan awal-awal pagi tadi jam 06:30hrs dah bangun dan buat aktiviti lazim Syah iaitu ke toilet, mandi dan solat. Lepas solat Syah bersiap dan kemas barang-barang Syah simpan siap-siap dalam beg. Jangkaan keluar pagi nie dan tak tahu pukul berapa kerana proses nak keluar nie panjang juga dan kita kena tunggu doktor, ambil MC,ambil Ubat dan tunggu mereka kemukakan final bill mana yang perlu dibayar dan macam-macam lagilah. Memang pagi boleh keluar tapi taklah jam 08:00hrs dan sekarang niepun dah jam 08:25hrs.

Pagi tadi misi kemas dan ganti cadar katil Syah dan breakfast sampai jam 08:20hrs tadi. Breakfast hari nie Teh, Star Fruit dan Kueh Teow Goreng. Syah tak minat Kueh Teow nie tetapi bila jamah tadi sedap plak Ampang Puteri masak dan Syah habiskan. Semuanya ok ............ staff kat sinipun okey dan bagus servicenya cuma ada sedikit kecil hati Syah malam tadi dengan seorang Nurse nie tapi tak tahulah siapa. Syah hantar Kak Long dan Kak Lang balik sampai lif dan biasalah pintu keluar lif tu berkunci untuk keselamatan. Syah tekan loceng tetapi tak berbunyi. Tiba-tiba nampak Nurse yang pakai serba biru lalu dan Syah ketuk tingkap kecil kaca minta dia bukakan pintu.

Terus dia sound Syah, Pintu nie malam tak boleh guna dengan nada yang tidak manis dan buat muka. Syah cakap saya pesakit dan hantar saudara kat lif tadi dan dia still ulang perkataan yang sama. Tak sangka ada juga attitude nurse yang macam nie di Hospital Swasta macam Ampang Puteri nie. Kejadian nie berlaku di Aras 5 diantara jam 21:30hrs - 22:00hrs kot sebab Syah tak tengok jam waktu tu. Tak poraktif dan sensitif terhadap pelanggan, salah ker nak bukakan pintu dengan tekan jer suis tu. Bukan salah Ampang Puteri tetapi staff mereka yang tak jalankan tanggungjawab dan sekaligus memberikan imej buruk kepada Ampang Puteri. Mungkin dia rasa kita paksa dia bukakan pintu kot? Lagipun Syah dah tekan loceng tetapi tempat locong tu tak function ker atau nurse tak ada kat kaunter.

Kaunter di MGW 1-8, Aras 5 Malam Tadi

Lagi satu Syah mendapat rawatan di Male General Ward 1-8, Aras 5, Ampang Puteri Specialist Hospital dan Syah pastikan ada seorang nurse nie muka masam jer kat kaunter tu malam tadi dan Syah dengar dia ada merungut kat kawan dia pasal tak jumpa file ker apa? Agaknya sebab tu bad mood agaknya. Selepas dia tutup lampu wad dia keluar dan Syah tak nampak dia lepas tu. Syah tidur hampir jam 01:45hrs dan bila Syah bangun jam 06:30hrs pun tak ada orang kat kaunter. Lepas Syah mandi ada pula Syah tengok ubat atas meja Syah. Tak tahulah masa Syah tidur tu dia ada di kaunter.

Gambar Nie Syah ambil jam 07:00hrs tadi

Bila hampir jam 07:00hrs baru Syah nampak dia kat Kaunter sedang brief nurse lain mengenai pesakit-pesakit kat wad nie. Yang bagusnya Syah selalu dengar bila ada pertukaran Shif mereka akan update mengenai pesakit-pesakit supaya nurse yang sambung tugas tu tahu apa nak buat dan apa masalah pesakit. Syah tanya Nurse kat kaunter depan adakah semua kaunter mesti ada nurse dan mereka inform Syah sepatutnya ada seorang nurse kat kaunter sekurang-kurangnya. Bila Syah tanya mereka berpandangan antara satu sama lain macam ada yang tak kena. Diaras 5 nie ada 3 Kaunter untuk wad. Mungkin nurse tu ada kot masa Syah tidur malam tadi ..............

Pratikel studentpun friendly semuanya dan harap mereka kekalkan attitude tu bila bekerja. Kebanyakan nurse kat sini ok semuanya kecuali adalah seorang dua yang memberikan imej buruk kepada Ampang Puteri. Overall perkhidmatan Ampang Puteri memang bagus dan masa daftar masuk hari tu perjalanannya begitu lancar dan Syah rasa selesa sangat. Seronokkat sini sebenarnya patutlah Hospital nie selalu penuh sebab perkhidmatan yang diberikan amat memuaskan.

Jam 08:50hrs tadi Dr Wong sampai dan kata Syah boleh keluar dan next appointment seminggu lagi selepas Raya Haji. Syah tanya mengenai lutut Syah nie dan katanya Syah memang akan rasa sakit ada masa-masanya dan tidak benarkan buat aktiviti lasak. Syah tanya sampai bila dan katanya sampai bila-bila. Yerlah nak buat macam mana kan? Dah sakit kita macam tu terima sahaja lah itu sudah ketentuan yang Maha ESA dan Mungkin Ada Hikmah Disebaliknya.

No comments: