06.11.2011, Ahad - Salam Semua dan sekadar sebagai peringatan kepada diri Syah sendiri dan pembaca yang suka berpuasa Sunat Isnin - Khamis atau nak buat Puasa Ganti esok kita semua adalah dilarang berpuasa kerana Hari Tashriq. Hari Tashriq adalah tiga hari selepas Hari Raya Aidiladha iaitu hari ke11, 12 dan 13. Pada hari ini para Jemaah haji akan melontar ketiga-tiga Jamrah iaitu Jamratul Ula, Jamratul Wusata dan Jamratul Aqabah. Ibadat ini dilakukan sempena memperingati peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s melontar Syaitan yang menjelma bagi menggangu Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail melakukan korban sepertimana yang diperintahkan oleh Allah SWT. Bagi yang hendak buat korban pula pastikan ibadah itu dilakukan bermula hari ini hingga sebelum masuk waktu Maghrib 14 Zulhijjah begitu juga kalau kita hendak bertakbir, kita boleh melakukannya sehingga waktu Magrib 14 Zulhijjah.
Hadis-hadis yang melarang (mengharamkan) berpuasa pada hari Tashriq :-
37- عَنْ سَعْدِ بْنِ أَبِي وَقَّاصٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ أَمَرَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ أُنَادِيَ أَيَّامَ مِنًى إِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ فَلَا صَوْمَ فِيهَا يَعْنِي أَيَّامَ التَّشْرِيقِ. (رواه الإمام أحمد)
37- Dari Sa'ad bin Abi Waqas r.a., katanya: "Aku telah diperintahkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. supaya menyeru semasa (orang ramai sedang berhimpun) di "Mina" bahawa masa yang tersebut ialah khusus (untuk kamu) menikmati makan minum (dengan gembira) dan tidak di tuntut berpuasa padanya, yakni hari-hari tasyriq yang termaklum."(1)
(Hadith Sahih Riwayat Imam Ahmad)
38- عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ بَعَثَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ حُذَافَةَ يَطُوفُ فِي مِنًى أَنْ لَا تَصُومُوا هَذِهِ الْأَيَّامَ فَإِنَّهَا أَيَّامُ أَكْلٍ وَشُرْبٍ وَذِكْرِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ. (رواه الإمام أحمد)
38- Dari Abu Hurairah r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. telah mengutuskan Abdullah bin Huzafah menyeru di merata-rata tempat, di "Mina", katanya: "Janganlah kamu berpuasa pada (ketiga-tiga) hari tasyriq ini, kerana ditentukan untuk kamu menikmati makan minum (dengan gembira) dan untuk kamu mengingati Allah Azza wa Jalla (dengan takbir dan tahmid)".(1)
(Hadith Sahih - Riwayat Imam Ahmad)
No comments:
Post a Comment