07.11.2011, Isnin - Salam semua apa khabar hari nie dan Syah harap anda semua berada dalam keadaan yang memuaskan. Tentu ada yang masih sibuk menguruskan Ibadah Korban secara gotong royong ditempat masing-masing dan teruskan usaha murni anda itu bagi mengeratkan lagi silaturrahim sesama masyarakat dan sanak saudara. Pagi nie di Rawang Residence hujan. Bangun lewat pula hari nie hampir jam 07:10hrs. Selepas urusan rasmi di toilet dan Soalt Syah start AEL dulu dan kemudiannya panaskan air sebab hendak tuam mata Syah dengan tuala suam. Mata Syah rasa macam tak selesa seperti dulu plak tu yang tuam dengan air suam tu. Masa kepejabat Sabtu lepas bila tengok cahaya matahari yang terang terus mata sebelah kiri Syah rasa sakit membawa ke kepala sakitnya, berdenyut.
Mungkin Syah dah lama berada dalam rumah tak keluar kena cahaya matahari kot? mata Syah nie memang begini dari dulu lagi dan sudah mendapatkan rawatan di Hospital Pakar Selayang. Mula-mula mereka suspect Glakoma tetapi setelah pemeriksaan rapi mereka dapati bukan Glakoma, shukur alhamdulillah. Mata Syah memang ada masalah silau dan ada masanya rasa berselaput bila dikedip-kedipkan mata tu ok balik. Doktor kelinik Syah inform Syah menghadapi masalah Dry Eye - Mata Kering. Tuam mata nie disarankan oleh Doktor, Hospital Pakar Selayang kerana katanya mata Syah kotor dan menutup liang roma bulu mata Syah so dia minta Syah tuam dengan air suam dan kemudiannya bersihkan liang bulu mata Syah dengan air suam campur baby oil supaya riang roma tu terbuka gunakan putik kapas. Tapi bersihkan guna putik kapas tu Syah tak buat hari nie.
Since semalam bibir Syah pecah dan semenjak kebelakangan nie Syah kurang minum air. Beberapa tahun yang lepas lagi teruk pernah pecah-pecah mulut atau Ulser nie kerap berlaku tetapi sekarang jarang-jarang. Bangun pagi tadi badan rasa sakit sedikit mungkin salah tidur kot sebab bila bangun tadi Syah dapati Syah tidur tak pakai bantal.........Hehehe macam mana boleh jadi cam tu yek ...... maasa tidur tu lasak kot tapi tak taulah kita tidur cam mana nak tau kan? Hehehhe. Oklah sehingga berjumpa lagi dilain Entry dan doakan kesihatan Syah supaya berada dalam keadaan memuaskan yer dan Syah juga doakan perkara yang sama kepada semua pembaca blog Syah. AMIN.
No comments:
Post a Comment