Monday, November 14, 2011

Hati-Hati Jika Pakai Seluar Low Cut

14.11.2011, Isnin - Gambar ini Syah ambil semalam di KL Sentral. Gambar ini bukan hendak memalukan sesiapa tetapi Sekadar untuk dikongsi bersama untuk dijadikan iktibar supaya perkara yang sama tak terjadi kepada kita. Itulah tujuan Syah menunjukkan gambar-gambar pelik? dan jangalah salah anggap terhadap Syah. Kadangkala kita sendiri tak sedar apa yang berlaku pada diri kita so disini jer lah cara Syah untuk mengingatkan diri Syah sendiri dan Kita semua.

Individu dalam gambar niepun Syah pasti tak perasaan perkara ini berlaku kepada dirinya. Kepada anda semua yang memakai seluar low cut pastikan perkara seperti ini tidak terjadi kepada anda. Bila kita duduk akan menampakkan alur punggung kita dan kebanyakan daripada kita tak perasaan akan perkara ini, ialah benda kat belakang siapa yang perasaankan melainkan orang ramai yang melihat kita dan orang yang melihat tu tak inform kita kerana perkara semacam ini aga sensitif sedikit.

So kepada pembaca semua hati-hati yer supaya perkara seperti ini tak terjadi kepada kita, keluarga atau kawan-kawan kita. Do something bagi mengelakkan perkara ini berlaku. Teringat Syah pada tahun 1990an ada perempuan menegur Syah menggunakan aksi tangan dari jauh semasa menunggu bas. Nak tahu Nape ................. Heheh ........... Nak Tau Gak .......Zip Seluar Syah terbuka ................ :-). So sama-samalah kita ingat mengingatkan diantara satu sama lain.