Thursday, November 10, 2011

Sultan Selangor di Majlis Pecah Tanah Bangunan Sultan Idris Shah Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan

10.11.2011, Khamis - Hari ini Sultan Selangor DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj telah berkenan menghadiri majlis pecah tanah Bangunan Sultan Idris Shah Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan di Petaling Jaya, Selangor.

Dalam majlis ini baginda juga telah beramah mesra dengan dua remaja OKU (Orang Kelainan Upaya) yang telah berjaya mendaki Gunung Kinabalu iaitu Janice Kim Kam Choo dan Mohd Irwan Hakeem Sidek. Dengan banganya mereka menunjukkan sijil mendaki Gunung Kinabalu kepada Tuanku Sultan Selangor. Kepada sesiapa yang berjaya mendaki Gunung Kinabalu mereka akan diberikan sijil penghargaan oleh pihak pengurusan Gunung Kinabalu.

Di KL Residence ada satu sijil seperti ini tergantung diruang tamu kami kerana My Brother, Muss pernah mendaki Gunung Kinabalu bersama rakan-rakannya sewaktu bertugas dan menetap di Sabah pada 1990an. Tahniah kepada adik berdua yang telah berjaya mendaki gunung berkenaan kerana kita yang sempurna inipun belum tentu berjaya melakukannya.


Nota : Info dari Bernama


No comments: