13.11.2011, Ahad - Puteri Bongsu Raja Thailand HM King Bhumibol Adulyadej, Her Royal Highness Princess Chulabhorn dalam kenyatannya baru-baru ini memaklumkan bahawa kesihatan Ayahandanya mengalami sedikit masalah dan tidak sedarkan diri. Kejadian berlaku apabila Ayahandanya yang berusia 83 tahun itu melawat mangsa banjir di Ayuthhaya dan kuil Budha dikawasan itu pada 04.11.2011 lepas. Ayahandany tidak sedarkan diri selepas mengalami pendarahan dalam perut dan tekanan darah rendah secara mendadak. Walau bagaimanapun, kelmarin kenyataan rasmi yang dikeluarkan melaporkan kesihatan ayahandanya beransur pulih.
Menurut Princess Chulabhorn, doktor memaklumkan bahawa pendarahan yang berlaku disebabkan Ayahandanya berada dalam keadaan tertekan dengan keadaan banjir yang melanda Bangkok sekarang ini yang mengikabatkan kerugian berbilion dollar dan meragut 500 nyawa setakat ini. Ayahandanya sering mengikuti perkembangan berhubung banjir melalui saluran telivision.
Raja Bhumibol mula dimasukan ke hospital semenjak November 2009 dan Istana Diraja Thailand dalam kenyataannya memaklumkan bahawa baginda dimasukkan ke hospital kerana mengalami demam dan keletihan melampau. Baginda merupakan ikon pendamaian dalam isu politik Thailand yang bergolak ketika ini. Baginda amat dihormati dan dimuliakan oleh seluruh rakyat Thailand. Walau bagaimanapun pewaris tahta sekarang iaitu Putera Mahkota Vajiralongkorn dilihat tidak begitu mendapat kemuliaan dan penghormataan daripada rakyaat Thailand seperti yang diberikan kepada Ayahandanya.
Di Thailand, kita tidak boleh mengkritik apatah lagi memperlekehkan sistem monarki mereka dan jika ianya dilakukan individu berkenaan akan berhadapan dengan tindakan undang-undang dan kebiasaannya mereka ini tidak pernah terlepas dari dikenakan hukuman. Berbeza di negara kita yang mana jika berlaku perkara yang sama cuma kita boleh kata "Derhaka Sahaja dan minta mereka yang terlibat meminta maaf". Nak buat macam mana kerana lain negara lain undang-undangnya.
Nota : Info dripada Berita Harian, Wikipedia, Syah
No comments:
Post a Comment