Wednesday, November 2, 2011

Putera Mahkota Arab Saudi Beri Jaminan Keselamatan Kepada Para Jemaah Haji

02.11.2011, Rabu - Hari ini Putera Mahkota Arab Saudi Putera Mahkota Nayef bin Abdulaziz Al-Saud yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Haji telah meninjau keadaan keselamatan dan pengurusan jemaah haji di Mina. Kemudiannya Baginda berkenan menyaksikan perbarisan dan persediaan pasukan keselamatan negaranya untuk memastikan keamanan dan keselamatan berada ditahap yang tinggi demi keselesaan dan kemudahan jemaah menunaikan ibadat haji.

Dalam majlis ini para hadirin termasuk wartawan tempatan dan luar negara dipertontonkan dengan kelengkapan persiapan pasukan keselamatan Arab Saudi yang terdiri daripada pasukan polis dan tentera mengawal keselamatan para Jemaah haji. Helikopter juga digunakan untuk memantau keselamatan jemaah haji di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Dalam sidang akhbar yang diadakan selepas majlis perbarisan ini, Putera Mahkota Naef memaklumkan "Kami bersedia menangani sebarang masalah, tujuan kami adalah untuk keamanan kecuali bagi mereka yang mahu menimbulkan kekacauan"

Info dari Bernama

No comments: