20.09.2011, Selasa - Aum Chak......... Heheheh ...........Pagi nie Syah terlewat bangun sebab alarm phone ada problem dan Syah dah settingkan semula tetapi sempatlah berlari kejar bas 06:30hrs. Masa bangun tadi hujan dan bila nak kuar hujan dah berhenti. Pagi-pagi lagi Syah gosok baju Melayu kerana ada function GHCM Open House di TMTC dan Syah tak jadi pakai Baju Melayu Biru Azrin yang sepatutnya dipakai hari nie. Tergesa-gesa gosok baju pagi nie dan semalam Syah gosok Baju Melayu Azrin tu tetapi pagi tadi baru Syah perasaan streka tu Syah lupa tutup dan nasib baik kepanasannya rendah kalau tak tak tahu apa nak jadi. Mengucap panjang Syah - Itulah kelemahan Syah PELUPA. Untung pagi nie Syah masuk master bedroom untuk gosok baju yang lain kalau tak tak tahulah apa jadi pada rumah Syah. Kedudukan streka tu betul-betul atas pelapik dan Syah tak tonggengkannya since pagi semalam dan jam 06:00hrs tadi baru perasaan. Shukur Alhamdulillah tak jadi apa-apa pada streka tu (Stim Iron) kerana Syah setkan dia tak panas sangat dan ada pelapik kalis panas diatas papan pengosok tu. Shukur Alhamdullilah tak jadi apa-apa. Terima Kasih Ya ALLAH.
Itulah hikmahnya tak jadi pakai baju Azrin tu kalau tak tak tahu apa jadi jika streka tu on terlalu lama sangat. Teringat Syah peristiwa dalam tahun 1990an dapur di KL Residence terbakar teruk kerana Syah terlupa nak tutup apinya semasa mengoreng sesuatu dan masa tu bulan puasa. Syah boleh tengok TV dan terlupa yang Syah panaskan minyak dalam kuali. Bila satu rumah penuh asap hitam baru Syah teringat dan kuali yang penuh dengan minyak tu sudah terbakar minyaknya. Rupa-rupanyajika minyak dan api terbakar tak boleh simbah air, tetapi Syah simbah air terus api tu menjulang naik dan menyambar satu dapur sampai lampu dalam bilik airpun boleh pecah. Bayangkan untung tak berlaku kebakaran teruk. Nasib baik ada jiran Chinese datang ambil penyembur api kat luar rumah dan padamkan api dalam kuali tu. Bila sudah padam satu kerja pula Syah terpaksa sapu satu rumah kerana semburan pemada api yang berbuih putih tu bila kering jadi habuk dan Syah terpaksa lap dan cuci dapur kerana sudah bertukar warna hitam atau bejelaga, kemudiannya Syah cat semula dapur tu. Menangis Syah waktu tu ........... Sebelah malamnya Azrin dan Bak datang melawat. Masa tu my brother Muss bertugas di Lahad Datu, Sabah selama lima tahun. Ingat lagi Syah Kakak kat atas KL Residence Syah invite Syah berbuka rumah dia tetapi Syah tak mahu. Kakak tu dah meninggal sekarang kerana ada masalah hati tak silap Syah. Semenjak tu Syah jadi fobia bila nak kuar jer mesti pastikan dapur gas tertutup walaupun Syah tak gunakannya.
No comments:
Post a Comment