Thursday, September 29, 2011

Presiden Vietnam dan Isteri Hadiri Majlis Santapan Negara di Istana Negara

Dari Kiri : Tuanku Nur Zahirah, Truong Tan Sang, Tuanku Mizan dan Mai Thi Hanh di Istana Negara Malam Tadi - Gambar dari Bernama.

29.09.2011, Khamis - Semalam negara kita menerima tetamu dari Vietnam iaitu Presiden Vietnam, Truong Tan Sang dan Isteri Mai Thi Hanh yang berada di Malaysia untuk lawatan rasmi negara. Malam tadi telah diadakan Majlis Santapan Negara untuk Presiden dan isteri yang di hoskan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah bertempat di Istana Negara. Turut serta dalam Majlis Santapan Negara adalah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abd Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor. Presiden Truong Tan Sang dilantik sebagai Presiden Vietnam pada Julai lepas dan berada di Malaysia selama tiga hari untuk lawatan rasmi negara dan sebagai kunjungan balas lawatan negara Tuanku Mizan dan Tuanku Nur Zahirah ke Vietnam pada tahun 2009. Dalam majlis ini juga kedua-dua pemimpin negara ini bertukar-tukar cenderahati.

No comments: