Tuesday, September 6, 2011

Raja Perempuan Perlis Melawat Keluarga Allahyarham Noramfaizul

06.09.2011, Selasa - Kepemergian Jurukamera Bernama TV, Allahyarham Noramfaizul yang terbunuh pada Jumaat lepas akibat tembakan curi sehari sebelum Allahyarham dan rombongan dijangka kembali semula ke Malaysia daripada Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putra 1Malaysia di Somalia telah mendapat perhatian daripada pelbagai pihak termasukkan rakyat Malaysia, Kerajaan, ahli politik dan raja-raja. Shukur Alhamdulilah Allahyarham mendapat penghormatan negara dan disanjung sebagai wira negara. Kebajikan keluarga Allahyarham juga terjamin dengan pelbagai bantuan yang diterima dari semua pihak. Semalam Raja Perempuan Perlis DYMM Tuanku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid dan rombongan diraja Perlis telah mencemar duli melawat keluarga Allahyarham di rumah bapanya di Taman Serdang Jaya.

Tuanku Raja Perempuan Perlis mengucapkan takziah kepada balu Allahyarham, Norazrina Jaafar dan keluarga atas kepemergian Allahyarham. Baginda juga sempat mendengar cerita daripada ibu Allahyarham, Naemah Abd Majid (63 tahun) mengenai Allahyarham serta beramah mesra dengan anak-anak Allahyarham iaitu Mohd Irfan (9 tahun) dan Mohd Naufal(3 tahun). Tahniah diucapkan kepada Raja Perempuan Perlis yang berjiwa rakyat atas keperihatinan yang ditunjukkan kepada keluarga Allahyarham.

Al-Fatihah...... Semuga Roh Allahyarham Noramfaizul Mohd Nur di Tempatkan Bersama-sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN

Gambar diambil daripada Bernama

No comments: