Wednesday, September 7, 2011

Tuanku Muhriz Melawat Pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia 2011

07.09.2011, Rabu - Hari ini Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Duli yang Maha Mulia Tuanku Aishah Rohani bte Almarhum Tengku Besar Mahmud telah berkenan meluangkan masa melawat Pameran International Greentech & Eco Products Exhibition & Conference Malaysia 2011 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur. Keberangkatan tiba baginda berdua telah disambut oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui.

Pameran yang bermula hari ini akan diadakan selama tiga hari dan berakhir pada 10.09.2011.Dalam lawatan ini Tuanku Muhriz telah dibawa menaiki buggy yang dipandu sendiri oleh Datuk Peter mengelilingi kawasan pameran. Baginda juga telah diberi penerangan oleh Pengerusi Micro Bio Culture (M) Sdn Bhd, Tan Sri Dr Salleh Mohd Nor mengenai pameran ini. Baginda juga telah berkenan mendengar penerangan berhubung Glass Coating bagi mengurangkan kepanasan oleh kakitangan Syarikat Fuminn, Junko Fukuda.

Gambar dari Bernama

1 comment:

Putra Blog said...

Di Negeri Perlis terdapat dua gelaran Anak Raja Bergelar yang disandang oleh wanita. Yang pertama ialah gelaran kemuliaan Yang Amat Mulia Tengku Puteri Utama(Perlis Indera Kayangan) dan keduanya ialah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Mahkota(Perlis Indera Kayangan).

Tahukah siapa diantara dua orang puteri ini mendapat tempat lebih kanan di istana perlis..? silakan ke blog untuk jawapannya...


Jangan lupa entry yang agak penting tentang gaya.formaliti.susila diraja

http://syukury.blogspot.com/2011/09/gaya-bahasa-beradat-dalam-terasul.html