Friday, September 2, 2011

Raja Azizan Suhaimi Bangkit Dari Kancah Najis Dadah

02.09.2011, Jumaat - Pagi nie Syah terbangun jam 05:20hrs kerana perut memulas dan selepas selesaikan tugas dibank Syah menonton TV3 yang memang terbuka semenjak malam tadi sebab Syah tertidur dan lupa nak tutup. Ada kisah mengenai seorang penagih dan pengedar dadah yang telah kembali kepangkal jalan dan sekarang menjadi seorang Pengurus di Cure and Care Service Center yang merupakan sebuah Pertubuhan Bukan Kerajaan atau NGO. Beliau adalah Raja Azizan Suhaimi bin Raja Abdul Latiff . Syah menonton cerita nie hampir separuh dan sempat mendengar kisahnya yang menyedihkan.

Raja Azizan menjadi penagih dadah hampir 20 tahun. Penglibatan awalnya sebagai penagih sebagai hanya untuk cuba-cuba yang akhirnya menjerat diri sendiri menjadi sampah masyarakat. Dari penagih seterusnya sebagai pengedar. Menceritakan pengalamannya, Raja Azizan memaklumkan selepas 10 tahun menjadi penghuni lorong Chow Kit beliau telah berani menjual dadah secara terbuka kepada orang ramai. Menurut Raja Azizan pendapatan harinnya boleh menjangkau RM500.00 sehari dan pernah menjangkau puluhan ribu ringgit dalam masa sebulan lebih tetapi katanya duit tu habis begitu sahaja kerana membeli dadah untuk bekalannya sendiri selain daripada di "paw" oleh penghuni-penghuni Chow Kit.

Pada Awalnya beliau merupakan seorang pelajar pintar dan pernah memasuki Maktab Perguruan kerana cita-citanya ingin menjadi pendidik bangsa tetapi tak kesampaian kerana penangan dadah dan bakal guru ini menghabiskan kehidupannya dibawah jambatan kotor dan lorong-lorong sampah sekitar Chow Kit yang menjadi Istana Syurga bagi beliau. Pada Hari Rayapun tempat-tempat tu juga yang diziarahnya untuk melepaskan gian. Raja Azizan pernah dimasukkan ke pusat pemulihan dadah dan pernah membakar pusat berkenaan yang mengikabatkan beliau dipenjara selama enam bulan hasil daripada kreativiti beliau yang innovatif tue.

Salah satu sebab beliau meninggalkan dunia gelap ini adalah kerana Ayahanda dan Bonda Raja Azizan selalu berjumpa beliau untuk menasihatkannya supaya kembali kepangkal jalan. TETAPI penyebab utamanya adalah apabila satu hari anak perempuannya menangis didepan beliau dan meminta supaya beliau meninggalkan dadah kerana tidak tahan dicaci dan dihina oleh kawan-kawan sebagai anak penagih najis dadah. Pada tahun 1998 beliau mengambil keputusan untuk kembali kejalan yang benar dan Takbir Hari Raya di Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada tahun tersebut telah melembutkan hatinya untuk menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan negara.

Kini Raja Azizan telah 13 tahun bebas dari pengaruh najis dadah sepenuhnya dan sekarang ini berbakti semula kepada masyarakat di CCSC Chow Kit bagi membantu penagih-penagih pulih dari dunia khayalan mereka. Pusat Khidmat Pulih dan Perihatin atau Cure and Care Service Center (CCSC) dibawah seliaan Agensi Antidadah Kebangsaan atau AADK. CCSC merupakan sebuah institusi dikendalikan dengan lebih terbuka dan kondusif supaya dapat memainkan peranan penting dalam membantu mempercepatkan proses kepulihan dan seterusnya berupaya membantu bekas-bekas penagih menjalani hidup sihat tanpa dadah. Jika anda menghadapi masalah yang sama sila hubungi atau lawati laman web berikut untuk keterangan lanjut.

No comments: