Saturday, September 3, 2011

Noramfaizol, Jurukamera Bernama TV Meninggal Dunia di Somalia

Allahyarham Noramfaizol bin Mohd Nor - Gambar dari Bernama

03.09.2011, Sabtu - Dukacita dimaklumkan bahawa seorang jurukamera Bernama TV, Noramfaizol bin Mohd Nor berusia 39 tahun telah kembali kerahmatullah pada hari Jumaat bersamaan 02.09.2011 di Somalia. Allahyarham meninggal dunia selepas terkena tembakan curi.. Allahyarham berlepas ke Somalia pada 28.08.2011 lepas bersama-sama 54 anggota Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysa dan BAKTI. Mengikut jadual asal, Allahyarham dan rombongan sepatutnya dijangka tiba ke tanahair esok tetapi takdir menentukan segala-galanya.

Malam tadi Engku Imran yang merupakan suami kepada artis popular Erra Fazira yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Bernama TV telah menziarahi keluarga Allahyarham untuk mengucapkan ucapan takziah kepada bapa Allahyarham, En Mohd Nor Mat Yasin dan keluarganya, di Taman Serdang Jaya. Allahyarham merupakan anak Sulung lelaki tunggal daripada enam orang adik beradik dan telah berkahwin serta mempunyai dua orang anak lelaki yang berusia lapan dan tiga tahun. Menurut isterinya, Norazrina Jaafar, tahun ini merupakan tahun kedua Allahyarham tidak berhari raya bersama keluarga kerana Allahyarham mengikuti misi kemanusia di Pakistan pada hari raya tahun lepas. beliau reda menerima ketentuan ini sebagai satu qada dan qadar yang telah ditentukan oleh S.W.T.

Kejadian ini berlaku ketika krew Bernama TV, TV3, Astro Awani dan RTM bergerak dari pusat operasi ke asrama tempat mereka tinggal dengan jarak satu kilometer selepas membuat liputan pemberian bantuan kepada mangsa kebuluran sekitar Mogadishu. Mereka seramai empat orang menaiki kenderaan pacuan empat roda dan Allahyarham duduk dibahagian belakang sebelah kanan. Ketika kenderaan membelok kesebelah kiri untuk memasuki persimpangan asrama berlaku tembak menembak diikuti kenderaan perisai pasukan pengaman Kesatuan Afrika melepasi kenderaan mereka. Kejadian berlaku sekelip mata meyebabkan Allahyarham dan seorang jurukamera Tv3, Aji Saregar Mazlan tercedera. Allahyarham mendapat kecederaan dibahagian paru-parunya dimana peluru menusuk paru-parunya dan meninggal pada jam 18:00hrs waktu Somalia dan kira-kira jam 23:00hrs waktu Malaysia.

Jenazah akan dibawa pulang pada hari ini menggunakan pesawat Charlie C-130 bersama-sama anggota misi lainnya dan dijangka tiba ke Pengkalan Udara Diraja Malayia (TUDM) Subang jam 09:00hrs esok. Sebelum ini Allahyarham pernah mengikuti misi liputan mangsa kekejaman Israel di Gaza dan liputan bantuan kemanusiaan membantu mangsa banjir di Pakistan tahun lepas serta misi kemanusiaan ke New Zealand bagi membantu mangsa bencana gempa bumi .

Al-Fatihah kepada Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor Semuga Allah Menempatkan Rohnya Bersama-Sama Orang-Orang Yang Beriman dan Beramal Solleh. AMIN.

No comments: