Kelihatan YTM Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel yang merupakan Putera Bungsu Sultan Brunei bersama bekas isterinya, Azrinaz sedang bersalaman dengan para tetamu.
Para pengunjung menerima cenderahati daripada pihak Istana Nurul Iman sebagai kenang-kenangan sebelum meninggalkan majlis.
04.09.2011, Ahad - Istana Terbuka atau dikenali dengan pangilan Majlis Terbuka Istana Nurul Iman dan Majlis Menjunjung Ziarah yang dianjurkan oleh Istana Nurul Iman pada 01.09.2011 lepas merupakan majlis yang dinanti-nantikan setiap tahun dan menjadi tumpuan bukan sahaja kepada warga Brunie tetapi kepada pelancung asing serta warga dari negara jirannya terdekatnya Sabah dan Sarawak. Pada sebelah paginya pihak Istana Nurul Iman menerima kunjungan seramai 22,946 tetamu manakala 13,203 orang pada sebelah petangnya yang menjadikan jumlah keseluruhan tetamu pada hari berkenaan adalah seramai 36,149 orang. Majlis ini diadakan setiap tahun dengan Hari Raya pertama dikhaskan untuk pembesar negara, orang kenamaan dan diplomatik asing sementara hari kedua hingga keempat dikhaskan untuk orang ramai.
Majlis Mengadap atau majlis junjung ziarah ke hadapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha dan anggota kerabat diraja yang lain didahului oleh anggota berseragam dan diikuti oleh orang ramai. Hari ini merupakan peluang keemasan untuk orang ramai melihat sendiri dari dekat Baginda Sultan, Baginda Raja Isteri dan anggota kerabat diraja yang lain. Sebenarnya bukan mudah bagi warga Brunei untuk melihat kerabat-kerabat diraja dari dekat walaupun dinegara mereka sendiri.
Turut serta dalam majlis ini adalah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Sarah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Perdana Wazir Sahibul Himmah Wal-Waqar Pengiran Muda Mohamed Bolkiah, Yang Teramat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Anak Hajah Zariah, Duli Yang Teramat Mulia Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisuara Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Bini Hajah Faizah, Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Digadong Sahibul Mal Pengiran Muda Haji Jefri Bolkiah, Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Pengiran Norhayati, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda Haji 'Abdul 'Azim, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Malik, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Mateen dan Yang Teramat Mulia Paduka Seri Duli Pengiran Muda 'Abdul Wakeel.
Turut berangkat sama Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Rashidah Sa'adatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Muta-Wakkilah Hayatul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Majeedah Nuurul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah, Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Anak Puteri Fadzilah Lubabul Bolkiah dan anggota kerabat diraja lain.
Sebelum menunggu giliran menjunjung ziarah, para tetamu akan terlebih dahulu menikmati jamuan yang telah disediakan oleh pihak Istana. Setelah selesai menjunjung ziarah, para pengunjung telah diberi cenderamata kenangan sempena kunjungan mereka ke Istana Nurul Iman sempena Hari Raya Aidilfitri.Majlis terbuka Istana Nurul Iman bermula seawal jam 10:00hrs hingga 12:00hrs manakala sesi sebelah petang bermula jam 14:00hrs hingga 16:00hrs.
No comments:
Post a Comment