13.09.2011, Selasa - Kalau di Kelantan kita pernah mendengar nama Budu DiRaja dan Murtabak DiRaja tetapi hari ini di Johor, Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah melancarkan Minyak Wangi DiRaja Sultan Ibrahim 1 (S1) dan Sultan Ibrahum 2 (S2) dengan lambang Sultan Johor lagi ditengah-tengah botolnya. Minyak wangi ini diformulasikan oleh penyelidikan di Institut Pembangunan Bioproduk, Universiti Teknologi Malaysia dari sumber terpilih seperti minyak zaffran dari India dan minyak pati ambar dari Iran. harga tak pasti Syah berapa? Apa-apapun marilah kita beramai-ramai menyokong produk tempatan keluaran negara kita sendiri.
Majlis perasmian yang berlangsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Baharu ini turut menyaksikan pelancaran bersama buku sejarah Adat Istiadat Diraja Johor serta pelancaran bangunan Institut Bioproduk Universiti Teknologi Malaysia. Turut serta dalam majlis pelancaran ini adalah Menteri Besar Johor, Dato' Abdul Ghani Othman dan Naib Canselor UTM. Prof Dato' Ir Dr Zaini Ujang.
Buku yang dihasilkan oleh Setiausaha Jumaah Majlis DiRaja Johor Dato’ Haji Abdul Rahim bin Ramli ini memaparkan adat-istiadat Kesultanan Johor dijual dengan harga RM180.00 dan didatangkan dalam 225 muka surat ini mengambil masa setahun untuk disiapkan. Buku ini juga memaparkan mengenai Baju Teluk Belanga, Askar Timbalan Setia Johor, Lagu Bangssa Johor dan Mahkota Kerajaan.
No comments:
Post a Comment