Saturday, September 3, 2011

Cucunda Marhum Affifullah

Syed Ibrahim, Syed Idris, Syed Saifullah, Syed Iskandar dan Syed Redzuan - Gambar dari Mlaysian Tatler

03.09.2011, Sabtu - Tentunya kita semua tertanya-tanya siapakah gerangannya hero-hero Malaya nie kan? Mereka ini adalah putera-putera kepada Raja Puan Mahkota Perak, YAM Raja Nazatul Shima atau lebih dikenali dengan nama Ku Dotti. Ku Dotti merupakan anakanda perempuan kedua Sultan Perak ke-33 iaitu Al-Marhum Paduka Seri Sultan Idris Almutawakkil Allallahi Syah [Marhum Affifullah] ibni Almarhum Paduka Seri Sultan Iskandar Shah dan Yang Maha Mulia Raja Perempuan Muzwin Perak. Hasil daripada perkahwinannya dengan YM Syed Omar bin Syed Ali AlSagoff pada 16.09.1972, beliau dikurniakan dengan enam orang putera iaitu Syed Ibrahim Alsagoff, Syed Idris Alsagoff, Syed Iskandar Alsagoff, Syed Saifullah Alsagoff dan Syed Redzuan Alsagoff. Manakala seorang lagi adalah Syed Shareef Alsagoff tiada dalam gambar kerana sedang menuntut di Hawai.

2 comments:

Putra Blog said...

Salam maaf ya Tengkusyah saya nak tegur sikit pasal gelaran ' Raja Puan Mahkota Perak' tu.. menurut Dewan Diraja Perak setelah dirujuk Bahagian Istiadat, tiada lagi gelaran Raja Puan Mahkota Perak. ianya telah dimansuhkan.. jika diikutkan gelaran Raja Puan Mahkota Perak itu hanya terpakai sewaktu Al-Marhum Sultan idris Shah(Marhum Affifullah)saja memerintah.. Ini lantaran ianya mengikuti apabila seseorang Raja mangkat, isterinya/balu gahara tidak lagi boleh memakai gelaran 'Duli'.. oleh itu sama perihalnya gelaran Raja Puan Mahkota Perak.. jika ia masih dugunakan ianya membawa kekeliruan kerana Raja Puan Mahkota Perak itu bukanlah isteri kepada Raja Bergelar Negeri Perak.. Kedudukann Raja Puan Mahkota Perak ini hanya lebih sedikit saja dari waris negeri yang lain dan ianya bertaraf paling rendah dalam kekananan Raja Bergelar negeri perak..

Contohnya
1.DYTM Raja muda
2.DYAM Raja DiHilir
3.........
8.YTM Balu-balu Sultan Perak
9.Raja Puan Mahokota Perak
10.Dan akhir sekali ialah Waris-waris Negeri Perak spt:YAM Ku Ess

tengkusyah said...

Thanx Syuk