Monday, September 19, 2011

Tengku Mahkota Kelantan Menghadiri Istiadat Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK)

19.09.2011, Isnin - Tengku Mahkota Kelantan, Dr Tengku Muhammad Faiz Petra Ibni Sultan Ismail Petra telah berkenan menghadiri Istiadat Konvokesyen Pertama Universiti Malaysia Kelantan (UMK) yang diadakan pada hari ini. Tengku Mahkota Kelantan juga merupakan Tuanku Pro Canselor UMK telah berkenaan menyampaikan Ijazah Doktor Kehormat kepada mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi seperti gambar dari Bernama diatas. Turut serta dalam istiadat ini adalah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Pengerusi Lembaga Pengarah UMK, Tan Sri Datuk Sri Hamad Kama Piah Che Othman.

UMK merupakan sebuah Universiti berteraskan keusahawanan dan Seramai 266 graduan pertama UMK daripada tiga fakulti akan menerima Ijazah Sarjana Muda mereka pada Majlis Konvokesyen Pertama ini iaitu Ijazah Sarjana Muda Keusahawanan (Perdagangan) dengan Kepujian akan dianugerahkan kepada graduan Fakulti Keusahawanan dan Perniagaan manakala graduan Fakulti Agro Industri dan Sumber Asli akan menerima Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Keusahawanan Teknologi Pertanian) dengan kepujian. Graduan Fakulti Teknologi Kreatif dan Warisan akan menerima Ijazah Sarjana Muda Teknologi Kreatif dengan Kepujian dan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Warisan dengan Kepujian.

Pesta Konvokesyen Pertama telah diadakan di Kampus UMK, Tangok, Bachok, Kelantan akan berakhir hari ini yang bermula 15.09.2011. Dalam pesta ini, Pelbagai program menarik diadakan seperti Seminar dan Forum Keusahawanan Islam bersama Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), kenduri rakyat, pameran, sukan dan dan kebudayaan rakyat.

No comments: