Monday, September 26, 2011

Tuanku Mizan Rasmikan Kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia

26.09.2011, Isnin - Hari ini telah diadakan kongres Majlis Agama Islam Negeri-Negeri Seluruh Malaysia bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra. Seri Paduka Baginda Yang di-pertuan Agong Xiii Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telah berkenan merasmikannya pada pagi ini lebih kurang jam 10:30hrs. Kongrs dua hari ini yang bertemakan Pemancu Transformasi Ummah adalah julung kalinya dianjurkan dan diurus setiakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia atau JAKIM bersama Majlis Agama Islam Negeri di Malaysia. Turut serta dalam majlis ini adalah Raja-Raja Melayu, TYT Yang Di-Pertua Negeri, Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.


Pihak JAKIM telah menjemput seramai 1000 orang tetamu yang terdiri daripada Ahli-ahli Majlis Agama Islam Negeri-Negeri, Ahli Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan, Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri, CEO Majlis Agama Islam Negeri, Ahli Akademik/ Ketua Jabatan IPTA/IPTS, Pengurus Pusat Zakat Negeri, Penasihat undang-Undang Negeri, Pemikir ekonomi / Kewangan, Ahli ekonomi/Penasihat Syariah Bank, Wakil SUK Negeri, Ketua-ketua Jabatan dan agensi kerajaan, Wakil Jabatan Agama Islam Negeri, NGO Islam yang berkaitan, Agensi di bawah YB Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Ahli Perundangan Sivil dan Syariah, Ketua Hakim Syar’ie, Guru Besar SMAN / SMAR/ SABK dan Jabatan Mufti Negeri.


Kongres ini sebenarnya bertujuan untuk membincangkan strategik dan peranan Majlis Agama Islam Negeri-Negeri untuk pembangunan ummah, Menjadi wada interaksi dan perkongsian pintar Majlis Agama Islam Negeri dalam membangun dan mengurus tadbir sosio ekonomi ummah dan meningkatkan peranan Majlis Agama Islam Negeri sebagai peneraju transformasi dan inovasi pembangunan Ummah. Fokus utamanya adalah untuk merangka strategi secara kolektif dalam menangani suasana globalisasi serta perkembangan teknologi maklumat oleh Majlis Islam Negeri-Negeri.


Raja Muda Perak Darul Ridzuan, Duli Yang Teramat Mulia Raja Dr. Nazrin Shah Ibni Sultan Azlan Muhibbudin Shah juga akan menyampaikan Titah DiRaja bertajuk: Majlis Agama Islam Pemacu Transformasi Ummah. Sementara tiga kertas kerja akan dibentangkan sepanjang kongres iaitu :-


Majlis Agama Islam Negeri Pemacu Pendidikan Ummah oleh YBhg. Prof. Dato’ Dr Ismail bin Haji Ibrahim; Penyandang Kursi Syeikh Abdullah Fahim, UKM bersama YBhg. Prof. Dato’ Mohd. Yusof bin Haji Othman; Pengarah Institut Islam Hadhari, UKM.


Peranan Majlis Agama Islam Negeri dalam Membangun Sosio Ekonomi Ummah oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Muhamad Ali bin Hashim, YBhg. Dato Mustafa bin Abdul Rahman, YBhg. Dato’ Nik Mustapha Nik Hassan; Ketua Pengarah IKIM dan YBhg. Dr. Abd Malik bin Awang Kechil; Ketua Pengarah YAPEIM.


Peranan Majlis Agama Islam Negeri Memperkasa Undang-Undang Syariah oleh YBhg. Tan Sri Syeikh Ghazali bin Abdul Rahman; Penasihat Syariah, Jabatan Peguam Negara dan YBhg. Tuan Haji Mahamad Naser bin Disa; Timbalan Pengarah Bahagian Penasihat (Syariah), Jabatan Peguam Negara.


Idea untuk mengadakan kongres ini sebenarnya datang dari Tan Sri Dr. Mohd Yusof bin Md. Nor, Pengerusi LEPAI dalam Mesyuarat LEPAI kali ke-36 pada 03 Mei 2010. Beliau mahukan agar diadakan satu konvensyen untuk melihat fungsi dan peranan Majlis Agama Islam di Malaysia diperkasa dan menjadi penyumbang kepada pembangunan ummah seiring dengan peredaran masa serta menjawab isu yang timbul kebelakangan tentang peranan Majlis Agama Islam Negeri khususnya dalam bidang pendidikan, ekonomi dan perundangan. Untuk tujuan ini, beliau telah mengadakan sembah maklum ke dalam Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali ke-224 pada 14 Jun 2011 untuk mendapatkan perkenan DYMM Raja-Raja.


Nota :- Gambar diambil dari Bernama - Maklumat diambil daripada Sidang Akhbar Kongres berkenaan.

No comments: