Thursday, November 1, 2012

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Selamat Tiba Ke Malaysia Daripada Mengerjakan Ibadah Haji

01.11.2012, Khamis - Shukur Alhamdulillah Yang di-Pertuan Agong Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Alhaj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun serta rombongan telah selamat tiba ke Malaysia daripada mengerjakan ibadat Haji. Penerbangan khas yang membawa Seri Paduka Baginda berdua serta rombongan diraja dari Jedah selamat mendarat di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim, Alor Star, Kedah malam tadi (30.10.2012) jam 20:55hrs. Seri Paduka Baginda berdua berlepas ke Mekah pada 19 Oktober lepas bersamaan hari Jumaat.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda berdua disambut oleh Pengerusi Jemaah Pemangku Sultan Kedah, Tunku Bendahara Kedah Yang Teramat Mulia Dato' Seri Utama Tunku Anuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah dan Menteri Besar Kedah, Dato' Seri Azizan Abdul Razak. Tuanku kemudiannya memeriksa barisan kehormat terdiri daripada 31 pegawai dan anggota Batalion 6 Rejimen Askar Melayu Diraja, Kem Tok Jalai manakala bacaan doa dipimpin oleh Mufti Negeri, Dato' Sheikh Baderuddin Ahmad. Seri Paduka Baginda berdua akan bersemayam di Istana Anak Bukit, Alor Star, Kedah. Nampak ayu sangat dan sejuk mata memandang Tuanku Hajah Haminah binti Haji Hamidun berhijab.

Sumber :- Bernama

No comments: